Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”
Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w ada seorang lelaki yg akan berangkat utk berperang dijln Allah. Dia berpesan kpd isterinya, “Wahai isteriku …janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.” Secara kebetulan ayahnya menderita sakit…maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, “Agar dia taati suaminya.” Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya & tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kpd Nabi yg berbunyi, “Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahwa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.
Inilah sebenarnya perkara yg menyebabkan wanita diridhai oleh Allah, bukan dalam persamaan hak yg seperti yg dituturkan oleh para penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Isra Miraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga yang mana Allah memasukan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka…dan bila melihat ke dalam neraka Nabi mendapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita..
